Monday, January 7, 2013

Kualiti vs Harga Rumpai Laut


Kami terpanggil untuk menghuraikan kekusutan customer/consumer rumpai laut berkenaan hal ini. Bukan sahaja fenomena air laut merah melanda yang memberi efek kepada rumpai laut tetapi virus penetapan 'harga' bekalan rumpai yang semakin menjadi-jadi dalam pasaran kebelakangan ini. 

Apa penyebab utama penurunan harga rumpai? Jawapannya banyak. Antaranya ialah jualan penghabisan stok kerana stok dalam simpanan sudah lama, tidak berlaku fenomena putus bekalan disebabkan bencana alam (hujan,air pasang, etc..), bekalan rumpai laut murah tetapi ada penetapan minimum kuantiti belian serta bebanan postage yang mahal sekiranya customer/consumer memilih medium penghantaran yang cepat. Bekalan rumpai laut (stok lama) boleh kelihatan cantik dan nampak segar selepas dicuci dan dikeringkan semula. Tetapi dalam hal ini, ketahanan rumpai laut tersebut menjadi berkurangan.

Bagi kami, kepentingan kualiti dan harga bergerak seiring.  Tujuan kami mengeluarkan info sebegini supaya customer/consumer membuat pilihan bijak dalam membuat pembelian serta mendapatkan bekalan rumpai laut. Anda sebagai consumer/customer perlu mendapatkan info yang betul mengenai rumpai laut dan juga bekalan rumpai yang berkualiti. Kualiti rumpai laut yang baik bergantung kepada lokasi penanaman @ kawasan perairan, dan cara penanaman juga perlu mendapat seliaan dan khidmat nasihat daripada penguasa tempatan & Jabatan Perikanan Sabah.

Semoga anda dapat membuat pilihan bijak kerana pilihan 100% ditangan anda. 

0 comments:

Post a Comment