Mengenai Kami

Pembekal rumpai laut kering (putih & ungu) dari Semporna Sabah. 

Kami merupakan pengusaha rumpai laut @ agar-agar laut dari Semporna, Sabah. Spesies rumpai laut yang kami bekalkan adalah dari Euchema Cottoni (saintifik), dan di semporna dikenali sebagai Tambalang (warna ungu dan putih).  

Perusahaan agar-agar laut ini telah lama dijalankan di sekitar Semporna (dari proses menternak  sehingga membekalkan agar-agar laut kepada pembeli besar), dan ini adalah perusahaan keluarga di Semporna.

Perniagaan Borneo ini adalah usahasama anak-anak tempatan semporna dan matlamat kami adalah ingin membekalkan agar-agar laut ini kepada pembeli/pengedar kawasan semenanjung dengan harga murah dan berpatutan. Pembeli/pengedar di kawasan Sabah  boleh mendapatkan bekalan rumpai laut daripada kami 
seperti biasa di semporna.

Penggredan agar-agar laut seperti AAA, AA tidak digunakan di tempat kami. Selama perusahaan ini dijalankan, kami hanya mengguna-pakai terma gred No.1/A, No.2/B dan reject/C . Gred seperti ini adalah untuk warna ungu dan emas/putih. Namun yang demikian, kami masih mengguna-pakai terma AAA, AA kerana pasaran jual beli agar-agar laut di Malaysia (internet) sudah terbiasa dengan gred tersebut.

Perniagaan kami menawarkan jual beli secara:
        i.            Kegunaan sendiri (minimum 1 pek @ 1 KG)
       ii.            Pukal/Borong (minimum 5 pek @ 1 KG)
      iii.            Kontrak/Tender (minimum 500 KG atau 1 tan metrik dan ke atas)


0 comments:

Post a Comment