Cara Penyediaan

Cara Penggunaan
(Anggaran untuk 5 -7 hari penggunaan lebih kurang 20 - 50 gram)

  1. Basuh dan bersihkan rumpai laut, ramas-ramas seperti membasuh beras sebanyak 5 - 6 kali
  2. Rendam rumpai laut yang telah dibasuh selama 1/2 hari
  3. Selepas itu, buang air rendaman dan basuh sekali lagi sehingga nampak bersih; toskan air
  4. Campur rumpai laut dengan 1.5 liter air kosong ke dalam bekas memasak @ periuk untuk direbus
  5. Selepas mendidih, biarkan ia sejuk sebelum diletakkan dalam bekas dan disimpan dalam peti ais. Rumpai laut yang telah sejuk akan menjadi seperti agar-agar/jelly.


Cara Pengambilan : 

  1. Ambil 1 ke 2 sudu dan masukkan ke dalam gelas - boleh juga dicampurkan dengan air buah @ air berperisa lain.  
  2. Atau boleh di makan begitu saja

* Once dah jadi agar-agar/jelly, boleh bertahan selama 5 - 7 hari kalau disimpan dalam peti ais. 
* Ulang proses di atas untuk minggu yang seterusnya. Elakkan menyimpan sehingga berminggu-minggu dalam peti ais kerana kualiti rumpai laut semakin berkurangan dan boleh berkulat.

Cara Pemakaian Masker : 

  • Cuci muka supaya pori-pori di muka terbuka luas 
  • Sapu rata gumpalan rumpai laut (agar-agar/jelly) tadi di muka (sangat bagus dibuat setiap hari) 
  • Biarkan lebih kurang 15  - 20 minit atau boleh juga dibiarkan semalaman sebelum dicuci

8 comments:

  1. as salam... nak tnya klu lepas siap proses kira leh simpan 5-7 hari je kan? klu x proses pe lagi leh simpan lama mana erk? kn simpan kat tempat kering ke

    ReplyDelete
  2. selepas rumpai direbus, simpan dalam peti ais. selagi rumpai tidak berkulat selepas 5-7 hari, boleh teruskan pemakaian agar-agar (masker). Untuk makan pun boleh sebenarnya (selagi tidak berkulat) tetapi khasiat memang kurang. jadi rebus rumpai seperti biasa untuk dapatkan khasiat rumpai. selagi rumpai tidak direbus dan disimpan di tempat kering, ketahanan rumpai boleh mencecah berbulan-bulan.

    ReplyDelete
  3. Bgaimnajika rumpai laut jering berkulat?msih blh digunakan?sy ada mnyimpan 1kg..bila nk gna mcm berkulat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumpai laut yg berkulat tidak elok utk digunakan..hal ini disebabkan oleh pyimpanan stok yg trlalu lama yg mnjadikannya berkulat..

      Delete
  4. rumpai u jual jns kering x? sy ada beli jns kering tp berkulat..knapa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami menjual rumpai laut jenis kering..rumpai laut berkulat adlh disebabkan oleh penyimpanan stok yg trlalu lama shingga ia berkulat..ia juga brkemungkinan terdedah dgn kelembapan dan prsekitaran yg kotor..

      Delete
  5. blh saya tahu.. mcm mana rupa jika rumpau laut tersebut berkulat ? i mean rumpai yang belum di proses.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila ke galeri kami utk mlihat rumpai laut yg berkulat

      Delete