Kepada customer (online & offline), kami ingin khabarkan info terbaru kepada anda. Kebanyakan penternak rumpai laut sudah pasti mengalami masalah yang sama, iaitu musim 'banjir' @ air pasang. Ini istilah yang biasa digunakan oleh penternak rumpai di Semporna.
Apa efek nya dengan stok?
Jikalau anda dah terbiasa menerima stok putih dan ungu yang kita labelkan sebagai gred no. 1, rata-rata semuanya nampak 'chubby' dan cantik walaupun sedikit bergaram. Disebabkan musim 'banjir' kali ni, penanaman rumpai memang diteruskan seperti biasa tetapi tidak dapat menunggu sehingga tempoh/hari 'matang' rumpai tersebut. Kemungkinan anda akan menerima bekalan rumpai laut gred no.1 yang kurang 'chubby' seperti selalu @ warna ungu sedikit kecoklatan. Jangan risau, mineral pada rumpai masih sama cuma 'percentage' @ komposisi mineralnya sedikit kurang.
* Stok putih dan ungu yang kami bekalkan adalah daripada ladang ternakan keluarga sendiri, jadi kami jamin stok yang anda dapat adalah yang baru. Disebabkan musim hujan sekarang ni, proses pengeringan terutamanya untuk rumpai laut ungu akan memakan masa yang lebih. Harap bersabar ya! Kami juga tidak akan menggunakan taktik 'mencuci' stok rumpai laut dan mengeringkan nya semula untuk dijual. Memang nampak baru dan cantik, tetapi tempoh ketahanan rumpai tersebut tidak akan lama dan cepat berkulat.
Sunday, December 9, 2012
Musim 'kritikal' Penanaman Rumpai Laut
Sunday, December 09, 2012
2 comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mcm mana sy nk dptkan produk ini ?
ReplyDeleteboleh buat tempahan dan emel ke perniagaanborneo@gmail.com. nyatakan nama, alamat, no telefon, kuantiti (pek @ kg) dan warna rumpai laut. Nanti kami akan emel @ call utk feedback semula
Delete