Salam Semua,
Terdapat beberapa tanda untuk mengetahui masalah tersebut.
Berikut adalah tanda rumpai laut yang tidak segar atau sudah tidak elok untuk
digunakan lagi :-
- Rumpai Laut Putih asalnya adalah warna putih kekuningan. Lama kelamaan warna tersebut berubah kepada kuning keemasan dan seterusnya kuning kehitaman. sekiranya rumpai mencapai warna kehitaman, ianya sudah tidak elok digunakan kerana dikhuatiri akan memberi kesan sampingan (penyakit) disebabkan jangkitan bakteria pada rumpai tersebut.
- Bagi Rumpai Laut ungu pula, warna asal sememangnya adalah ungu. Rumpai yang sangat segar kadang-kadang berwarna seperti ungu kemerahan. Sekiranya warna berubah menjadi terlalu coklat/perang, rumpai tersebut adalah tidak elok.
- Selain daripada keadaan warna asal yang berubah warna, Rumpai Laut yang kelihatan agak mengecut juga sebenarnya antara tanda Rumpai Laut tersebut tidak segar. Hal tersebut kemungkinan besar telah melalui proses penyimpanan yang terlalu lama (4-5 minggu) menyebabkan kandungan iodine dalam rumpai berkurangan dan akhirnya mengecut.
- Rumpai Laut yang tidak segar juga boleh diketahui melalui bau. Apabila rumpai berbau busuk atau hapak (tidak seperti bau asal), rumpai tersebut juga tidak elok digunakan lagi.
Kami dari Perniagaan Borneo sememangnya bertanggungjawab menyalurkan informasi ini kepada anda. Jadilah pengguna yang bijak kerana anda yang akan merasai kesannya.
0 comments:
Post a Comment