Monday, January 7, 2013

Fenomena Air Laut Merah di Perairan Barat Sabah



Ramai yang jadi panik dengan fenomena air laut merah di Sabah. Tambah-tambah lagi bila mengakibatkan kematian 2 individu. Walaupun dalam berita online @ pembacaan di surat khabar penyebab utama kematian adalah disebabkan memakan makanan laut iaitu 'kerang', tapi ramai customer/consumer tanya ada efek ke dengan rumpai laut. Rumpai laut pun kan dari laut juga.

Kami beri anda info/jawapan mengenai persoalan ini.  Kematian berlaku di Sepanggar, Kota Kinabalu. Ada keratan akhbar dan maklumat terbaru mengatakan 7 lokasi yang dilanda fenomena air laut merah. Kami highlight lokasi tersebut dalam imej keratan akhbar - petikan berita harian.

Untuk customer/consumer, lokasi penanaman rumpai laut kami ialah di Semporna. Sehingga masa ini, penguasa rumpai laut @ Jabatan perikanan @ Jabatan Kesihatan Sabah belum ada membuat makluman meminta supaya penanaman rumpai laut di Semporna diberhentikan. Kualiti air laut dan rumpai laut sentiasa dipantau dari masa ke semasa oleh penguasa dan Jabatan Perikanan. Pemantauan ini juga dibuat berterusan/secara berkala dan bukan hanya disebabkan oleh fenomena air laut merah. 

Buat masa ini, makluman yang kami terima ialah berhati-hati dengan pengambilan/pemakanan makanan laut seperti ikan, ketam, kerang dan makanan laut lain termasuk siput.

Kepada customer/consumer, kami akan beri anda update terkini/terbaru dari masa ke semasa dan ini adalah tanggungjawab kami sebagai pembekal rumpai laut. Jaminan kami adalah anda sebagai customer/consumer akan dibekalkan bukan sahaja dengan rumpai laut yang berkualiti tetapi dengan bekalan info yang betul/tepat. 

0 comments:

Post a Comment