PERNIAGAAN BORNEO

Hubungi Kami Untuk Maklumat Lanjut.

PERNIAGAAN BORNEO

Hubungi Kami Untuk Maklumat Lanjut.

PERNIAGAAN BORNEO

Hubungi Kami Untuk Maklumat Lanjut.

PERNIAGAAN BORNEO

Hubungi Kami Untuk Maklumat Lanjut.

PERNIAGAAN BORNEO

Hubungi Kami Untuk Maklumat Lanjut.

PERNIAGAAN BORNEO

Hubungi Kami Untuk Maklumat Lanjut.

PERNIAGAAN BORNEO

Pembekal Rumpai Laut No.1 Anda!

PERNIAGAAN BORNEO

Hubungi Kami Untuk Maklumat Lanjut.

PERNIAGAAN BORNEO

Jangan lepaskan peluang. Dapatkan stok anda sekarang!!

Wednesday, June 5, 2013

How to recognize fresh dried seaweeds





How to recognize fresh dried seaweeds?

There are several signs to observe. Below  is some of the signs whether the seaweeds that you bought is not fresh or unusable : -

White Seaweed originally is yellowish, white color. 
After several weeks, the color will be changed to golden yellow and lastly turn to black. If the seaweeds reach blackish color, it is not good to be consumed due to the seaweed already infected with bacteria or other microorganisms which can cause disease to human.
For purple Seaweed, the original color was indeed purple. Fresh seaweed sometimes looks  reddish purple. If the color become too brownish, seaweed is considered unusable.

Apart from changing color, dried seaweed will be also shrinking. This is likely to have been through the process of longer storage (4-5 weeks) resulted in percentage of iodine (and other contents) inside the seaweed decreases.

Unusable Seaweed can also be recognized through its stink/smelly odour.


We from Perniagaan Borneo are  responsible to disclose any information regarding seaweed to the customer/consumer. Be a smart consumer!!

Monday, April 22, 2013

#Bagaimana untuk mengetahui rumpai laut yang anda beli masih segar?


Salam Semua,


Terdapat beberapa tanda untuk mengetahui masalah tersebut. Berikut adalah tanda rumpai laut yang tidak segar atau sudah tidak elok untuk digunakan lagi :-
  • Rumpai Laut Putih asalnya adalah warna putih kekuningan. Lama kelamaan warna tersebut berubah kepada kuning keemasan dan seterusnya kuning kehitaman. sekiranya rumpai mencapai warna kehitaman, ianya sudah tidak elok digunakan kerana dikhuatiri akan memberi kesan sampingan (penyakit) disebabkan jangkitan bakteria pada rumpai tersebut.
  • Bagi Rumpai Laut ungu pula, warna asal sememangnya adalah ungu. Rumpai yang sangat segar kadang-kadang berwarna seperti ungu kemerahan. Sekiranya warna berubah menjadi terlalu coklat/perang, rumpai tersebut adalah tidak elok.
  • Selain daripada keadaan warna asal yang berubah warna, Rumpai Laut yang kelihatan agak mengecut juga sebenarnya antara tanda Rumpai Laut tersebut tidak segar. Hal tersebut kemungkinan besar telah melalui proses penyimpanan yang terlalu lama (4-5 minggu) menyebabkan kandungan iodine dalam rumpai berkurangan dan akhirnya mengecut.
  • Rumpai Laut yang tidak segar juga boleh diketahui melalui bau. Apabila rumpai berbau busuk atau hapak (tidak seperti bau asal), rumpai tersebut juga tidak elok digunakan lagi. 
Kami dari Perniagaan Borneo sememangnya bertanggungjawab menyalurkan informasi ini kepada anda. Jadilah pengguna yang bijak kerana anda yang akan merasai kesannya. 

Friday, March 29, 2013

Lawatan Ke Ladang Ternakan Rumpai Laut


Layari ruangan istimewa dari kami di Perniagaan Borneo yang menyediakan foto-foto sewaktu lawatan kami ke Ladang Ternakan Rumpai Laut di Semporna, Sabah. Ruangan ini disediakan adalah merupakan satu inisiatif untuk menambah keyakinan pelanggan kami mengenai keaslian dan kesuburan rumpai laut yang mereka perolehi. Apa tunggu lagi,  klik di sini untuk ke ruangan tersebut.

Friday, March 15, 2013

#Promosi Kini Kembali!


Promosi sah bermula dari hari ini sehingga 18mac 2013 jam12mlm. Apa tunggu lagi, segera hubungi kami. Kualiti rumpai laut yang terbaik dari ladang untuk anda semua.

Saturday, March 9, 2013

Harga Baru!!

Pemberitahuan : Perniagaan Borneo kini telah menyenaraikan harga pembelian yang baru dan hebat khusus buat pelanggan kami. Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami di talian 0192665163 (En. Mohamad). Apa tunggu lagi, buat tempahan sekarang..:-)

klik di sini untuk harga baru kami. http://perniagaanborneo.blogspot.com/p/blog-page_29.html?zx=b8b0b2e31108235d

Monday, February 18, 2013

New Promotion!!


Bermula daripada tarikh 18/02/2013 (Isnin) - 24/02/2013 (Ahad), kami di Perniagaan Borneo menawarkan promosi yang hebat untuk anda semua. Kini dengan harga RM35, anda mampu untuk menikmati 1KG rumpai laut putih (GRED AAA) dengan TIDAK perlu membayar caj penghantaran. Jadi, apa tunggu lagi..cepat hubungi kami. Dapatkan stok anda sekarang.
(Stok adalah terhad)

Saturday, February 16, 2013

Update : Stok Baru



Harga Belian (Rumpai Laut/Agar-agar Laut warna Ungu & Putih/Emas)

KG :-
  • 1 - 9 kg = RM 30 sekilo
  • 10 - 99 kg = RM 28 sekilo
  • 100 - 999 kg = RM 25 sekilo
  • 1 tan ke atas = Emel kami untuk dapatkan quotation
Gram (Harga termasuk postage):-

1 Pek = 100 gram

  • 1 - 9 Pek = RM 15/pek
  • 10 - 55 Pek = RM 9/pek
  • 56 - 150 Pek = RM 7/pek
  • 151 - 200 Pek = RM 6/pek
* Harga belian KG tidak termasuk postage. Emel kami sekiranya anda ingin membuat rundingan harga, terutamanya yang melibatkan pembelian kuantiti besar (KG).

* Harga diatas hanya untuk kawasan Semenanjung dan Sarawak sahaja. Sila hubungi kami untuk dapatkan harga bagi kawasan Sabah.


* Stok secara pek berpusat di Semenanjung. Pembeli dari Sabah dan Sarawak yang ingin membuat pembelian secara pek, penghantaran adalah melalui Pos Laju dan kadar caj mengikut berat belian (penghantaran dibuat dari Semenanjung ke Sabah/Sarawak) 

BUNGKUSAN :-
  • Pek = Aluminium Foil dengan/tiada pelekat (Sticker)
  • KG = Bungkusan Plastik biasa @ kotak
CAJ PENGHANTARAN :-

Semenanjung Malaysia:-
COD kawasan Shah Alam @ Jalan Klang Lama. 
Kawasan Luar KL, kadar caj pos adalah mengikut berat : Pos Laju (RM10 sekilo: within Semenanjung)                    

Sabah :-
COD kawasan Semporna @
Hantar menggunakan Pos Laju @
Bas Dyana (Caj mengikut berat: Minimum RM10).

Sarawak:
Hantar menggunakan Pos Laju (penghantaran stok dari Sabah ke Sarawak).  

Tuesday, January 8, 2013

Kami Kini Di Laman Sosial Facebook Yang Baru!!



Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi pelanggan berikutan laman sosial facebook rasmi Perniagaan Borneo yang tergendala sebelum ini. Akibat daripada masalah tersebut, ramai pelanggan mengalami kesukaran untuk berhubung dengan pihak kami. Atas sebab masalah teknikal, Perniagaan Borneo secara rasminya ingin memaklumkan bahawa laman sosial facebook rasmi perniagaan kami ialah http://www.facebook.com/pages/Perniagaan-Borneo-Pembekal-Rumpai-Laut/466098320115445
Sekian, Harap Maklum.

Monday, January 7, 2013

Kualiti vs Harga Rumpai Laut


Kami terpanggil untuk menghuraikan kekusutan customer/consumer rumpai laut berkenaan hal ini. Bukan sahaja fenomena air laut merah melanda yang memberi efek kepada rumpai laut tetapi virus penetapan 'harga' bekalan rumpai yang semakin menjadi-jadi dalam pasaran kebelakangan ini. 

Apa penyebab utama penurunan harga rumpai? Jawapannya banyak. Antaranya ialah jualan penghabisan stok kerana stok dalam simpanan sudah lama, tidak berlaku fenomena putus bekalan disebabkan bencana alam (hujan,air pasang, etc..), bekalan rumpai laut murah tetapi ada penetapan minimum kuantiti belian serta bebanan postage yang mahal sekiranya customer/consumer memilih medium penghantaran yang cepat. Bekalan rumpai laut (stok lama) boleh kelihatan cantik dan nampak segar selepas dicuci dan dikeringkan semula. Tetapi dalam hal ini, ketahanan rumpai laut tersebut menjadi berkurangan.

Bagi kami, kepentingan kualiti dan harga bergerak seiring.  Tujuan kami mengeluarkan info sebegini supaya customer/consumer membuat pilihan bijak dalam membuat pembelian serta mendapatkan bekalan rumpai laut. Anda sebagai consumer/customer perlu mendapatkan info yang betul mengenai rumpai laut dan juga bekalan rumpai yang berkualiti. Kualiti rumpai laut yang baik bergantung kepada lokasi penanaman @ kawasan perairan, dan cara penanaman juga perlu mendapat seliaan dan khidmat nasihat daripada penguasa tempatan & Jabatan Perikanan Sabah.

Semoga anda dapat membuat pilihan bijak kerana pilihan 100% ditangan anda. 

Fenomena Air Laut Merah di Perairan Barat Sabah



Ramai yang jadi panik dengan fenomena air laut merah di Sabah. Tambah-tambah lagi bila mengakibatkan kematian 2 individu. Walaupun dalam berita online @ pembacaan di surat khabar penyebab utama kematian adalah disebabkan memakan makanan laut iaitu 'kerang', tapi ramai customer/consumer tanya ada efek ke dengan rumpai laut. Rumpai laut pun kan dari laut juga.

Kami beri anda info/jawapan mengenai persoalan ini.  Kematian berlaku di Sepanggar, Kota Kinabalu. Ada keratan akhbar dan maklumat terbaru mengatakan 7 lokasi yang dilanda fenomena air laut merah. Kami highlight lokasi tersebut dalam imej keratan akhbar - petikan berita harian.

Untuk customer/consumer, lokasi penanaman rumpai laut kami ialah di Semporna. Sehingga masa ini, penguasa rumpai laut @ Jabatan perikanan @ Jabatan Kesihatan Sabah belum ada membuat makluman meminta supaya penanaman rumpai laut di Semporna diberhentikan. Kualiti air laut dan rumpai laut sentiasa dipantau dari masa ke semasa oleh penguasa dan Jabatan Perikanan. Pemantauan ini juga dibuat berterusan/secara berkala dan bukan hanya disebabkan oleh fenomena air laut merah. 

Buat masa ini, makluman yang kami terima ialah berhati-hati dengan pengambilan/pemakanan makanan laut seperti ikan, ketam, kerang dan makanan laut lain termasuk siput.

Kepada customer/consumer, kami akan beri anda update terkini/terbaru dari masa ke semasa dan ini adalah tanggungjawab kami sebagai pembekal rumpai laut. Jaminan kami adalah anda sebagai customer/consumer akan dibekalkan bukan sahaja dengan rumpai laut yang berkualiti tetapi dengan bekalan info yang betul/tepat. 

Thursday, January 3, 2013

NOTIS PEMBERITAHUAN :














Buat masa ini, facebook Perniagaan Borneo (Rumpai Laut) berada dalam penyelenggaraan. Sebarang tempahan @ pertanyaan, sila hubungi kami @ emel di perniagaanborneo@gmail.com

Wednesday, January 2, 2013

MAKLUMAN PENTING!



Mohon Perhatian kepada semua pelanggan,

Urusan jual-beli atau info mengenai rumpai laut dari Perniagaan Borneo hanya boleh didapati dari senarai penama berikut:



  1. Encik Mohammad (019-2265 163)
  2. Pn. Norhazni (012-7204 041)
  3. Encik Hafez  (012-2088 941)
Kami tidak melantik mana-mana individu atau wakil selain daripada penama di atas untuk mewakili perniagaan kami atau memberi apa-apa maklumat mengenai rumpai laut daripada blog ini.

Wednesday, December 19, 2012

Update : Info Mengenai Rumpai Laut

Kepentingan Rumpai Laut bertindak-balas sebagai pemangkin dalam menghasilkan kolagen dalam badan.

Rumpai Laut ini akan memberi kesan yang baik terhadap luaran dan dalaman badan sekiranya diamalkan disebabkan kandungan antioksida yang tinggi pada Rumpai Laut dan bebas daripada campuran bahan-bahan sampingan seperti kimia, pewarna, pengawet atau perisa tambahan. Ia adalah 100% asli dan mengandungi khasiat yang diperlukan oleh sistem dalam badan.

Kesan daripada tindak-balas terhadap kulit akan memberikan tona kulit pada wajah semakin berseri dan tidak kusam kerana penggunaan Rumpai Laut secara kerap pada kulit muka akan membantu mempercepatkan proses mengecilkan liang pori pada wajah agar nampak lebih cerah dan licin.





KHASIAT SEMULAJADI KOLAGEN:

• mempunyai nilai nutrisi 10x ganda lebih tinggi daripada sirip ikan yu
• khasiatnya sama dengan sarang burung layang-layang
• mempunyai PH bernilai 7.6
• kandungan kalsium sebanyak 37x lebih tinggi daripada hati ikan
• antioksida 55Ox lebih kuat dari vitamin C
• vitamin A yang lebih banyak daripada Beta Carotine atau 638 kali lebih tinggi dari daging lembu.
• kandungan protein 21x lebih banyak dari susu
• kaya dengan omega 3 dan omega 6 yang sangat tinggi dari ikan yang baik untuk kulit
• mempunyai kandungan mineral yang banyak seperti kalsium, kalium, zat besi, magnesium, iodine, potasium,vitamin B6, B12, C, A, omega 3 dan antioksidan
• Kandungan serat yang tinggi juga memudahkan penghadaman dan dapat membantu mengatasi masalah sembelit/buasir
• Kandungan iodine yang tinggi, berfungsi untuk menghalang tubuh manusia menyerap logam berat yang berbahaya seperti plumbum yang boleh mengakibatkan kanser darah dan kanser tulang

SANGAT DISARANKAN UNTUK MEREKA:


-bermasalah kulit (menghapuskan jerawat muka/badan, kudis, kegatalan)
-luka kemalangan/pembedahan (mempercepatkan kesembuhan kecederaan)
-warga emas, sakit terlantar/uzur (untuk memulihkan tenaga)

KESAN PENGAMBILAN RUMPAI LAUT ASLI:

-Melaraskan berat badan dan menstabilkan hormon
-Meningkatkan sistem imun dan metabolisme badan
-Memejalkan payudara, otot dan punggung
-Menyihatkan rambut dan kuku
-Menguatkan sistem abdomen dan memelihara kalenjar tiroid
-Mengurangkan proses penuaan pada kulit seperti kedutan dan kulit kendur
-Mengurangkan selulit
-Memberi tenaga pada badan
-Melancarkan peredaran darah, mengurangkan sakit bahu dan belakang
-Menguatkan tulang dan sendi, menjauhi artritis dan osteoporosis
-Meningkatkan sel rawan, ligamen dan otot
-Merawat penyakit gout
-Mencegah kanser/tumor
-Menurunkan tekanan darah tinggi
-Meningkatkan fungsi penghadaman/pencernaan, merawat gastrik
-Anti bakteria/kulat
-Merawat anemia
-Menurunkan tahap kolesterol dalam tubuh
-Menyerap lebihan garam dalam tubuh
-Melicin, menegang, dan menghaluskan kulit
-Mempercepatkan pengecutan jerawat dan menghapuskan parut
-Merangsang penghasilan sel-sel baru kulit serta menyembuhkan luka
-Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis)
-Memelihara usus kecil (mengelakkan sembelit/buasir)

Tuesday, December 11, 2012

Tambalang Putih Halus

 



Gambar yang pertama adalah bibit/benih rumpai laut dan gambar ke-2 adalah rumpai laut yang telah dikeringkan. Rumpai ini adalah spesies euchema cottoni @ tambalang tetapi kelebihannya adalah ianya lebih senang direbus menjadi agar-agar/jelly disebabkan dedaun/rerambut pada rumpai laut tersebut lebih halus & kecil dan dahannya besar tetapi leper. Khasiatnya pula memang sama dengan rumpai laut putih yang ada di pasaran sekarang.

Kebanyakan customer @ consumer diluar menghadapi masalah iaitu semasa merebus rumpai laut putih walaupun selepas 1/2 jam rumpai tidak akan hancur sepenuhnya. Ini kerana rumpai laut putih gred no. 1 mempunyai dahan yang tebal dan besar. Jadi kami ingin membekalkan rumpai laut putih halus ini kepada anda dan saksikan/rasai sendiri kelebihan tambalang putih halus ini.

Tawaran Harga:
1 - 9 KG = RM20 sekilo
10 - 49 KG = RM18 sekilo
50 KG dan ke atas = RM16 sekilo

* Medium penghantaran: Pos Laju, City Link @ COD area Shah Alam @ Jalan Klang Lama.

Emel kami sekiranya berminat kerana stok memang dah ready.

Gambar: Rumpai Laut Ungu Aiskrim


Kami baru sempat upload gambar bagi rumpai laut ungu aiskrim. Gambar yang pertama ni adalah bibit/benih rumpai laut. Manakala gambar yang ke-2 adalah rumpai laut yang telah kering. Pelbagai ton warna dalam satu gugus, sebab itu lah penternak menamakan rumpai laut ni sebagai rumpai laut ungu aiskrim.

Khasiat rumpai laut ungu aiskrim sama seperti rumpai laut ungu. Yang bestnya, bau rumpai laut ni kurang hanyir daripada yang ungu. Macam aiskrim "wall's paddle pop" pun ada.  

Kami akan cuba sediakan bekalan secara kecil-kecilan bagi rumpai laut ni kepada customer yang ingin cuba pasarkan di luar. Jangan lupa emel kami sekiranya berminat. Harganya juga sama dengan rumpai laut ungu.